Friday, 28 August 2015

Sejarah - Institusi Raja Tonggak Kedaulatan Negara

Tajuk 1 : Warisan Negara Kita

Raja dan Kerajaan

Institusi raja di negara kita telah wujud sejak Zaman Kerajaan Melayu Awal dan diwarisi sehingga kini . Sultan atau Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa ke atas rakyat dan kerajaannya . Sultan menduduki tempat tertinggi dalam sistem pemerintahan . Baginda juga merupakan payung kepada rakyat . Walau bagaimanapun , kuasa Sultan mengalami beberapa perubahan dari semasa ke semasa . Oleh itu  sebagai rakyat kita harus mempertahankan warisan ini demi kemakmuran dan kesejahteraan negara kita .

Sistem Pemerintahan Pada Zaman Kerajaan Melayu Awal

  • Sultan ialan ketua kerajaan . 
  • Sultan berkuasa mutlak
  • Semua keputusan berkaitan undang - undang dan pentadbiran terletak di tangan Sultan
Sistem Pemerintahan Semasa pentadbiran British

  • Institusi raja dikekalkan dengan Sultan sebagai ketua negeri . 
  • Sultan hanya merupakan ketua agama Islam dan adat istiadat bagi negerinya . 
  • British menjadi penasihat kepada Sultan di setiap negeri dalam hal-ehwal pentadbiran . 
Sistem Pemerintahan Pada Masa Kini

  • Wujudnya institusi Yang di-Pertuan Agong.
  • Kuasa Yang di-Pertuan Agong , atau Sultan tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan atau Negeri .
  • Pentadbiran negara diuruskan oleh Perdana Menteri . 
  • Pentadbiran kerajaan negeri diuruskan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri .
Tahukah Anda ?

  • Kerajaan pada masa dahulu bermaksud negeri yang diketuai oleh Raja .
  • Institusi raja ialah satu sistem pemerintahan yang memartabatkan Sultan atau Raja sebagai ketua negeri .
  • Warisan ialah sesuatu yang diwarisi .