Hai . Siapa di sana ? Pada hari ini
Madihah akan jadi guru bahasa melayu . Jadi panggil saya Puan Madihah . Ek !!
Puan pulak . Umur bawah 12 ada hati hendak jadi puan . Panggil saya Cik Melayu
Madihah .
Topik pertama kita ... Lihat tajuk pun sudah tahu ,
bukan ? Pada hari ini , kita akan belajar tentang cakap ajuk dan cakap pindah .
Cuba lihat fakta tentang cakap di bawah .
1. Cakap - kita berbual -
bual
2. Cakap ajuk - orang bercakap kita tulis
3. Cakap pindah - ( minta maaf . saya tak ingat )
Ini mengikut buku teks Tahun 5 , 2015 mukasurat 84 .
Ayat Cakap Ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak
mengubah maksud asalnya dan menggunakan tanda petik "..."
Ayat Cakap Pindah ialah perbualan seseorang yang ditulis
semula dengan menggunakan bahasa sendiri tanpa mengubah maksudnya .
Berikut adalah contoh bagi 3 jenis cakap .
1) Fauzan :Tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia .
2) " Tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia ," kata
Fauzan .
3) Fauzan memberitahu bahawa tahun ini adalah Tahun Melawat
Malaysia .
Haah ... Dah dapat apa yang Cik Melayu Madihah nak ajar hari ini ?
Sekarang , jom kita sama - sama buat latihan .Berdasarkan buku teks tersebut
m/s 144 , cari 2 contoh ayat cakap ajuk dan dua ayat cakap pindah .
Lawatan ke Muzium Tentera Darat
Ketibaan Hanis dan rombongan sekolahnya ke Muzium
Tentera Darat , Bandar Tentera Darat , Port Dickson , Negeri Sembilan ,
disambut mesra oleh Pegawai Waran Dua Abdul Mutalib bin Hussein , anggota yang
bertugas pada hari itu .
"Selamat datang ke Muzium Tentera Darat ,"
kata Pegawai Waran Dua Abdul Mutalib . Hanis dan rakan - rakannya serta guru
pengiring mereka menyambut mesra sapaan itu .
Pegawai Waran Dua memberitahu bahawa beliau akan menjadi
jurupandu kepada rombongan mereka pada hari itu . Beliau pun mengiringi mereka
melihat pameran dari satu galeri ke satu galeri di Muzium Tentera Darat .
Ketika di Galeri Sumbangan Tentera Darat , Hanis
terpegun apabila melihat gambar-gambar kejayaan Tentera Darat Malaysia di dalam
dan di luar negara .
Menurut PWD Abdul Mutalib , misi pengaman dan pemerhati
Kontinjen Tentera Darat Malaysia telah sampai ke beberapa buah negara
sperti di Congo , Kemboja , Somalia , Bosnia Herzegovina dan Lubnan .
"Wah , hebatnya ! " Hanis dan
rakan-rakannya berkata serentak sambil bertepuk tangan .
Hanis dan rakan - rakannya dberitahu oleh PWD
Abdul Mutalib bahawa Tentera Darat Malaysia mempunyai imej yang tinggi di
mata dunia . Menurutnya lagi , pasukan mereka sering menjadi contoh , khususnya
dala kalangan Negara - negara Dunia Ketiga .
* Jawapan sila hantarkan di dalam komen , okay ?
Makna :
Pegawai Waran Dua - pangkat kedua tertinggi dalam Lain-lain
Pangkat (LLP) . Pertama tertinggi adalah
Pegawai Waran Satu .
guru pengiring - guru yang
menjaga murid murid dalam satu rombongan .
sapaan
- teguran ( menyatakan seperti Hai atau hello . tetapi 2
perkataan ini adalah bahasa
inggeris dan tidak digunapakai dalam bahasa melayu )
galeri
- tempat untuk menyimpan barang-barang berharga ,
barang-barang bersejarah , atau
barang-barang peribadi .
terpegun
- terkejut yang positif , terkejut kerana tidak perna tengok sesuatu .
kata kasarnya jakun
.
kontinjen
- kumpulan yang besar . macam ada 1000 lebih peserta . atau kurang atau lebih yang
kita anggap sebagai
banyak , ramai
imej
- gambaran
Negara -negara - negara - negara yang baru
hendak membangun seperti negara kita , Malaysia
Dunia Ketiga
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga bermanfaat . Semoga bertemu lagi . Assalammualaikum .
Selamat malam .
Yang benar ,
NFM4